Laluan MRT Thomson-Pantai Timur


Laluan MRT Thomson-Pantai Timur
لالوان تومسون-ڤنتاي تيمور
Laluan Thomson-Pantai Timur yang ditandakan dengan warna coklat pada peta.
Umum
Nama lainThomson-East Coast line (bahasa Inggeris)
汤申-东海岸地铁线/汤东地铁线 (Cina)
தாம்சன் - ஈஸ்ட் கோஸ்ட் எம்ஆர்டி வழி (Tamil)
JenisTransit aliran deras
SistemSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
StatusBeroperasi (Tahap 1)
Dalam ujian (Tahap 2)
Dalam pembinaan (Tahap 3-5)
Dalam perancangan (lanjutan ke Changi Airport)
TerminalWoodlands North
Woodlands South (hingga akhir 2020)
Caldecott (2020, hingga 2021)
Gardens by the Bay (2021, hingga 2023)
Bayshore (2023, hingga 2024)
Sungei Bedok (2024, hingga 2040)
Tanah Merah (2040)
Stesen32 (3 beroperasi, 6 dalam ujian, 23 dalam pembinaan)
Perkhidmatan1
Penumpang harian500,000 (jangkaan)
Operasi
Dirancang dibuka2020 (Tahap 2)
2021 (Tahap 3)
2023 (Tahap 4)
2024 (Tahap 5)
2027 (Founders' Memorial)
2040 (lanjutan ke Changi Airport)
Dibuka31 Januari 2020 (2020-01-31) (Tahap 1)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
PengendaliSMRT Trains (SMRT Corporation)
CiriBawah tanah
DepotMandai
East Coast (Masa depan)
Stok kereta apiCT251
Teknikal
Panjang aliran4.2 km (2.6 bt) (Beroperasi)
38.8 km (24.1 bt) (Dalam pembinaan)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga[1]
Kelajuan operasiHad laju 90 km/j (56 mph)
Peta laluan

Laluan Thomson-Pantai Timur (bahasa Inggeris: Thomson-East Coast Line, TEL) merupakan sebuah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) berkapasiti sederhana di Singapura. Laluan tersebut diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat pada 15 Ogos 2014 akibat penggabungan dua laluan yang sebelum di dalam perancangan, iaitu laluan Thomson (bahasa Inggeris: Thomson line, TSL) dan laluan Kawasan Timur (bahasa Inggeris: Eastern Region line, ERL).[2] Apabila laluan ini beroperasi sepenuhnya pada 2024, ia dijangka akan dimanfaatkan oleh seramai 500,000 penumpang setiap hari pada mulanya dan dijangka akan naik seganda kepada 1 juta penumpang dalam jangka masa panjang. Laluan ini merupakan laluan keenam di dalam sistem MRT Singapura, dan laluan keempat yang dikendalikan oleh SMRT (selepas laluan Utara Selatan, laluan Timur Barat dan laluan Bulatan).

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Thomson-Pantai Timur ditunjukkan dengan warna coklat (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "TE".

Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini sepanjang 43 kilometer (27 bt) dan merangkumi sebanyak 32 buah stesen yang menghubungkan para penumpang dari kawasan barat laut Singapura ke pusat bandar serta kawasan timur. Bermula di bandar Woodlands, ia akan melalui Upper Thomson serta bandar-bandar Ang Mo Kio dan Bishan, kemudiannya ke estet-estet perumahan Thomson dan Stevens serta daerah beli-belah Orchard Road dan Marina Bay, sebelum menghala ke arah timur melalui Kallang, Marine Parade, Bedok South, dan mengakhiri di Upper East Coast.

  1. ^ http://www.lta.gov.sg/apps/news/page.aspx?c=2&id=f0b205a6-69ab-49b0-b94d-65394ee5e5c0
  2. ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority & Singapore Land Authority – Thomson–East Coast Line: New MRT Links in the East". Land Transport Authority. 15 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2014.

Developed by StudentB